Saturday, December 5, 2009

5 Disember 1996 (untuk kawan kawan)

itu waktu
aku baru jumpa mereka
yang gantung seluar dalam
dan tinggalkan di ampaian
untuk sebulan lamanya.

tidur malam
yang tak pernah lena
kerana ada loceng
yang mengejutkan
untuk latihan kebakaran
err..latihan kebakaran?

suka duka
gelak tawa
sama sama

waktu makan
paling diusahakan seperti
duduk di perpustakaan
yang tiada bunyi
kerana selepas doa makan dibaca
sejurusnya doa habis makan pula.
ya. 2 atau 3 minit barangkali

KOMITI RAILING BESAR, KUMPULAN 2, BUAT DUTY!!!
tapi aku
bukan dalam komiti itu.

cerita hantu
perkara biasa
tapi siapa sebenarnya
yang pernah betul betul berjumpa
kecuali seorang budak machang
tapi. betulkah ceritanya?

dalam panas terik
dalam common room
di depan dewan TAR
berdiri ramai-ramai
mendengar
'tunjuk ajar'

dan lagu 'anak kecil main api'
kami nyanyikan
waktu beratur selepas prep malam
bukan dengan sentimen apa-apa
tetapi semangat
mahu berjaya

dan lima tahun bersama
maaf atas salah silap
untuk kamu
darah ini
boleh ditumpahkan
jika diperlu.

selamat hari lahir!

hari keluarga hospital

7 setengah malam : ketibaan anggota hospital dan keluarga

8 malam : ketibaan VIP

8 suku malam : ucapan pengarah hospital

8 setengah malam : jamuan

9 suku malam : pertandingan karaoke

9 lima puluh malam : penyampaian hadiah hari keluarga

10 malam : persembahan jabatan

10 empat puluh malam : penyampaian hadiah malam mesra

11 suku malam : joget lambak


itu jadual yang betul betul aku terima. serius. dan korang nampak ape yang aku nampak? serius. memang itu yang tertulis dalam atur cara. tapi aku balik awal. yang terjadi sebenarnya, aku tak tahu.

ini betul2 luar biasa punya hospital.

Friday, December 4, 2009

cerita dulu.cerita sekarang.

kadang-kadang bila aku bukak tv, ada cerita-cerita p.ramlee. itu hari, ada musang berjanggut. itu hari, ada madu tiga. itu hari, ada pendekar bujang lapuk. dan bermacam cerita p.ramlee.

dan aku akan tonton cerita tu. sambil mengulang skri-skrip yang sesetengahnya aku dah hadam. dan menonton cerita sebegitu adalah tidak menjemukan. tengoklah berapa kalipun, memang aku tak jemu dengan lawak-lawak yang sama. dan aku tetap ketawa, tersengih, senyum dan ternanti punchline yang aku pun dah tahu.

tapi, itu yang aku tonton dan aku banggakan.

dan au terpikir nanti, bagaimana aku mahu terangkan pada apan tentang cerita cerita zaman ini. apa skrip kuliah cinta yang aku tahu? apa skrip anak mami yang aku tahu? apa skrip 7 perhentian yang aku tahu? bagaimana aku mahu terangkan pada apan yang histeria itu adalah satu cerita yang dibikin pada zaman ini. bagaimana apan mahu paham dengan cerita mami jarum?

wo! payah aku nak pasang tv zaman nanti nanti. takut terbuka channel ceria, tayang cerita gerak khas the movie. erk!

tersembam lagi

apan.

hehe.